 |
|
Gambar kenangan bersama Sister Chen yang telah bersama kami,
membawa keceriaan Hari Raya Aidilfitri di Institute Pediatric,
HBKL. |
KECERIAAN HARI RAYA
AIDILFITRI
Disember 6, 2002Institut Pediatrik,
Hospital Besar Kuala Lumpur.
Seramai 17 anggota sukarelawan kami telah mengagihkan mainan,
belon serta kuih raya kepada lebih kurang 180 pesakit
kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Institute ini.
Program keceriaan hari raya ini telah membawa kemeriahan hari
raya bukan sahaja kepada kanak-kanak yang menerima rawatan di
sini malah ianya turut membawa kemeriahan kepada semua yang
bertugas serta ibu bapa yang terpaksa menemani anak-anak mereka
pada hari yang mulia ini.
|
 Anggota
MVFRA bertungkus lumus meniup belon untuk diedarkan kepada lebih 180
kanak-kanak. |
 "Selamat
Hari Raya, Kaka" seruan anggota kami dengan senyuman sambil menghulurkan
bungkusan kuih raya serta hadiah mainan untuk pesakit kanak-kanak yang
dirawat di sini.
|
|
 Penat
serta sesah seorang ibu menjaga anak sepanjang malam di wad ini diceriakan
dengan senyuman dan kata-kata semangat oleh anggota MVFRA. |
 Kehadiran
kami tidak diundang tetapi ianya merupakan satu kenangan manis buat semua
wearga keluarga di wad kanak-kanak ini. |
|
 Constable
Raymond beramah mesra dengan kanak-kanak yang terpaksa meraikan hari raya
ini di sini.
|
|