
Pasang
semua tali pinggang keledar, termasuk di belakang
Pastikan penumpang di
belakang sentiasa memakai tali pinggang keledar,
terutama sekali kanak-kanak. Ini boleh mengelakkan
sebarang kecelakaan sekiranya pemandu membuat brek
kecemasan.
|
|

Gunakan
semua cermin, lampu isyarat dan bergerak jika selamat.
Pastikan bahagian belakang
dan sisi kenderaan tiada lalulintas atau pejalan kaki
sebelum memberi isyarat untuk bergerak. Apabila selamat,
pandulah kereta anda dengan berhati-hati.
|
|

Sentiasa
berikan perhatian kepada kanak-kanak di jalan raya.
Kelakuan kanak-kanak di
tepi jalan agak sukar diramal. perlahankan kenderaan dan
berhati-hati semasa memandu di kawasan sekolah, padang
permainan dan kawasan perumahan.
|
|

Berhenti
dan berehat jika penat
Pertimbangkan jalan raya
anda akan terjejas jika anda merasa letih atau mengantuk
sewaktu memandu. Ingatlah orang yang tersayang, jadilah
pemandu yang bertanggungjawab.
|
|
Rancang
perjalanan anda terleibh dahulu
Memandu semasa kenderaan
tidak banyak di jalan raya. mulakan perjalanan anda
lebih awal supaya tidak tergesa-gesa. Nikmati permulaan
yang selesa untuk perjalanran yang lebih selamat.
|
|

Berhenti di lampu merah
Melanggar lampu merah
membahayakan semua pengguna jalan raya termasuk diri
anda. Penantian selama beberapa saat boleh menyelamatkan
nyawa anda.
|
|
Ikat
topi keledar dengan ketat.
Pakailah topi keledar
sepanjang masa walaupun untuk perjalanan yang dekat, dan
pastikan topi keledar diikat dengan ketat. Ingat,
kanak-kanak perlu memakai topi keledar kanak-kanak.
|
Pasang
lampu sepanjang masa, siang dan malam.
Amalan ini memudahkan
anda dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain, Juga
pastikan lampu brek belakang dan lampu isyarat sentiasa
dalam keadaan sempurna.
|
|

Gunakan
pakaian cerah.
Anda perlu memakai warna
yang terang seperti jaket dengan pemantul cahaya pada
waktu siang dan malam supaya mudak dilihat oleh
penunggang jalan raya yang lain.
|
|

Ikut satu
laluan.
Gunakan laluan motosikal
anda. Jika anda perlu menukar laluan, berilah isyarat
yang jelas kepada pengguna jalan raya yang lain. Jangan
menunggang sambil mencelah-celah kenderaan. Ia adalah
amat merbahaya.
|
|
|
Memimpin
tangan anak anda semasa melintas jalan
Kanak-kanak memerlukan
bantuan orang dewasa semasa melintas jalan raya. Ajar
mereka melihat kanak, kiri dan kanan semula sebelum
melintas. Berjalanlah dengan pantas tetapi jangan
berlari.
|
Menggunakan
lintasan pejalan kaki, lintasan berlampu isyarat dan
jejantas
Amalkan cara melintas
jalan yang betul. Di lintasan berlampu isyarat,
melintaslah hanya apabila tanda ORANG HIJAU bernyala.
Jangan melintas jalan yang sibuk secara sembarangan.
|
Berjalan
menghadap arah kenderaan
Amalan ini membolehkan
kanak-kanak mengagak bentuk atau jarak kenderaan yang
datang ke arah mereka. Ini meningkatkan peluang mereka
mengelakkan sebarang kecelakaan.
|
Sentiasa
memberi perhatian di jalanraya
Beri perhatian terhadap
arus lalulintas dan jangan bermain berhampiran jalan
raya. Tingkah laku sebegini boleh menggangu perhatian
pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.
|
|
Memakai
baju yang cerah supaya anak anda meudah dilihat oleh
pemnadu kenderaan
Pastikan anak anda memakai
pakaian yang cerah, pakaian memantul cahaya serta
menggunakan lampu suluh jika mereka berjalan di dalam
hujan atau waktu malam.
|
Menggunakan
lorong pejalan kaki di tepi jalan raya.
Semasa menggunakan
lorong pejalan kaki, jangan berjalan terlalu hampir
dengan jalan raya. Ini boleh mengelakkan anak anda dari
tergelincir atau terjatuh di atas jalan raya.
|
|