Road Safety Campaign

 

Perlancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya
Musim Perayaan  Deepavali dan Aidilfitri 2005

23 October 2005
KL Sentral, Kuala Lumpur

 

KATA-KATA ALUAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2005.

Berdasarkan kejayaan menurunkan kadar kematian sehari yang dicatatkan semasa musim perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2004, bertemakan "Penggunaan Pengangkutan Awam mengurangkan kemalangan" dan "Drive Safe, Ride Safe and Walk Safe", kerajaan akan menerus dan mempelbagaikan kempen keselamtan jalan raya di musim perayaan pada tahun ini.

Pada kempen musim perayaan yang sama pada tahun 2004, jumlah kematian sehari telah berjaya diturunkan kepada 12.5 kematian sehari berbanding 17 kematian sehari pada hari-hari biasa. Penurunan ini berjaya dikecapi walaupun jumlah kenderaan di jalanraya meningkat empat kali ganda pada hari-hari tersebut berbanding hari-hari biasa.

Sehubungan itu, adalah wajar tindakan-tindakan penguatkuasaan dan kempen-kempen keselamatan jalan raya seperti larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalanraya pada hari-hari tertentu, operasi bersepadu penguatkuasaan, pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan, pemeriksaan ke atas  bas ekspres, peningkatan mesej keselamatan jalan raya melalui saluran TV, radio dan akhbar, galakan menggunakan pengangkutan awam serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak swasta akan diteruskan bagi mempertingkatan tahap keselamatan jalan raya.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa bersopan di jalan raya.

Sekian, terima kasih.

(YB Dato' Sri Chan Kong Choy)
Menteri Pengangkutan Malaysia

 

 

BACK TO : HOMEPAGE

Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com