Pingat Ketua Pengarah Bomba (PKPB)

Pingat ini dikurniakan kepada mereka yang telah berbakti dan berjasa dalam apa jua lapangan terutama dalam hal kebombaan dan penyelamatan dan mencapai salah satu atau lebih daripada tahap berikut:

  • Telah menunjukkan jasa dan kejayaan lebih daripada kejayaan biasa;
  • Telah memberikan perkhidmatan yang tinggi mutunya dan menjalanakan tugas-tugas yang bahaya, sukar dan boleh dianggap sebagai berani dan juga telah menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang;
  • Telah memberi sumbangan bakti dalam apa jua bentuk kepada Jabatan khasnya dan masyarakat amnya yangmana sumbangbaktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  • Telah melaksanakan tugas-tugas atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
  • Pingat ini juga dikurniakan kepada orang awam, anggota Bomba Sukarela, anggota Bomba Bantuan, anggota Bomba Swasta, Pertubuhan-Pertubuhan yang berkaitan dengan tugas bomba dan penyelamat dan Badan-Badan Berkanun
     

BACK TO : HOMEPAGE

Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com