Pingat Jasa Bomba (PJB)

Pingat ini dikurniakan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dan berjasa dalam apa jua lapangan terutama dalam hal kebombaan dan penyelamatan dan mencapai salah satu atau lebih daripada tahap berikut:

  • Telah menunjukkan jasa dan kejayaan yang cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka;
  • Telah memberikan perkhidmatan yang tinggi mutunya dan menjalankan tugas-tugas yang boleh dianggap sebagai berani dan juga telah menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang;
  • Telah memberi sumbangan bakti dalam apa jua bentuk kepada Jabatan khasnya dan masyarakat amnya yangmana sumbangbaktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  • Telah melaksanakan tugas-tugas atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
  • Pingat ini juga dikurniakan kepada anggota Bomba Sukarela, anggota Bomba Bantuan, anggota Bomba Swasta yang telah berkhidmat secara berterusan tidak kurang dari 15 tahun.

 

 

BACK TO : HOMEPAGE

Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com