|

|
|
|
Bekalan Bantuan Kepada Orang Asli
2002
 |
Mungkin ianya lama atau anda tidak memerlukanya tetapi ada orang
yang memerlukannya,
sesungguhnya sumbangan kami kepada masyarakat adalah hasil sumbangan
anda kepada kami,
kami menghargai semua sumbangan anda begitu juga mereka yang
menerimanya.
Oleh K.Balasupramaniam |
Pada sepanjang
bulan ramadan MVFRA akan mengadakan kutipan pakaian serta permainan
kanak-kanak untuk diagihkan kepada beberapa perkampungan orang asli.
Menjelang musim perayaan, orang ramai
sering membersihkan rumah mereka, menyedari hakikat ini persatuan sering
mengadakan kutipan pada masa itu.
Lazimnya pakaian yang disumbangkan masyarakat ini dibersihkan dan disimpan
untuk dihantar kepada mangsa kebakaran, banjir dan sebagainya.
Selain dari itu persatuan turut
menghantar bekalan berlebihan kepada Orang Asli,
Bagi
tahun 2002, sebanyak 67
kotak telah dikutip dan kesemua pakaian serta mainan yang disumbangkan
kepada persatuan kami telah dibersih serta di susun mengikut kategori umur
dan jantina secara gotong-royong oleh 43 anggota sukarelawan persatuan
kami sebelum diagihkan kepada perkampungan orang asli yang dikenal pasti.
Operasi penghantaran tahun ini dinamakan “OPS Amal Raya” dan melibatkan 3
destinasi.
| OPS
RAYA 1 |
DETAILS |
Disember
1, 2002 |
Perkampungan Orang Asli,
Kampung Sungai Judah, Pulau Carrey Klang S'gor DE |
| OPS
RAYA II |
DETAILS |
Disember 8, 2002 |
Perkampungan Orang Asli,
Hulu Langat Selangor Darul Ehsan |
|
|
|