
Bahasa bukan penghalang
Berita Harian, Selasa, JUN 15,2004
Kegagalan memahami bahasa Parsi tidak
menghalang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (Salam) dan
persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia 9MVFRA) untuk
memberi perkhidmatan terbaik kepada mangsa gempa bumi di Bam,
Iran.
Masalah komunikasi tidak terhad di
situ. Pasukan sukarelawan yang diketuai Pengerusi MVFRA, K.
Balasupramaniam, berhadapan masalah lebih besar apabila jurubahasa
yang ditugaskan membantu pasukan itu ada ketikanya salah
menterjemah.
Namun, semua itu bukan halangan untuk
pasukan sukarelawan berkenaan mengharumkan nama negara,
menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan menyertai usaha mengesan
serta membantu berpuluh-puluh ribu mangsa gempa bumi.
Pengorbanan dan kesungguhan itu
melayakkan mereka menjadi antara calon Anugerah Kemanusiaan Muda
The New Straits Times Press-PricewaterhouseCoopers (MSTP-PwC).
Selain Balasupramaniam, pasukan itu
disetai Pegawai Teknikal Kodi Muniyandi, Paramedik Lim Sim Wei,penyelamat
Teknikal Noor Amali Mahat and Pakar Operasi Menyelamat Jarak
Tinggi Ramakrishnan Ramasamy.
Selain menghantar sukarelawan ke Bam,
Iran MVFRA juga aktif memberi bantuan ketika bencana di dalam
negara seperti tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh dan
letupan kilang bunga api di Sungai Buluh, lebih sedekad lalu.
Anugerah Kemanusiaan Muda NSTP-PcW
terbuka kepada semua individu dan kumpulan berusia di bawah 40
tahun, yang memperjuangkan prinsip kemanusiaan dan menunjukkan
sifat sedia berkorban.
Pemenang anugerah akan menerima
hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan RM20,000 lagi untuk
disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan yang dipilih pemenang.
Orang ramai yang ingin membuat
pencalonan membaitkan kerja kemanusiaan antara 1 Januari dan 31
Disember 2003, boleh mengisi borang di
www.nstp.com.my atau
www.pwc.com.my atau
www.tv3.com.my sebelum 30 Jun
ini.