More News:-

IN LIGHTER VEIN: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak shares a moment with Balasupramaniam Krishnan, who won the Young Humanitarian category of the NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award. On Najib's right is Cecil Rajendra, who bagged the Lifetime Humanitarian title.  more news
 

NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award
52 nominations have been submitted for this year's NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award for three different categories, namely the Young Humanitarian category (23 nominations), Lifetime Humanitarian category (18 nominations) and Team Humanitarian category (10 nominations)..... more details

Dua individu, NCSM menang anugerah kemanusiaan NSTP-PwC
KUALA LUMPUR: Dua individu dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dipilih sebagai penerima Anugerah Kemanusiaan Malaysia The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd-PricewaterhouseCoopers (NSTP-PwC) tahun ini.  berita penuh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

|  Selasa, 15 November 2005
Tak harap balasan khidmat sukarela

Balasupramaniam
Rajendra
KUALA LUMPUR: K Balasupramaniam yang dipilih menerima Anugerah Kemanusiaan Muda The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)-PricewaterhouseCoopers (PwC), menyifatkan pengiktirafan itu sebagai lambang kesungguhan golongan muda negara ini melaksanakan kerja sukarela.

Pengasas Persatuan Sukarelawan Bomba dan Penyelamat Malaysia (MVFRA) itu berkata, anugerah yang diterimanya adalah bukti bahawa semangat sukarelawan di negara ini semakin subur.

Balasupramaniam yang menghambakan diri selama 12 tahun dengan MVFRA berkata, beliau menjalankan kerja sukarela bukan untuk mencari populariti atau mendapat pujian sebaliknya lebih kepada mendapatkan kepuasan diri.

“Mungkin kerana nama saya ‘Bala’, apabila ada ‘bala’ atau malapetaka melanda, pasti saya mendapat berita dan khidmat saya diperlukan,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, malam tadi.

Turut menerima anugerah anjuran NSTP-PwC itu ialah peguam dan penyair bebas, Cecil Rajendra bagi kategori Anugerah Kemanusiaan Sepanjang Hayat manakala Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) meraih Anugerah Kemanusiaan Berkumpulan.

Balasupramaniam berkata, beliau akan terus menaburkan bakti kerana percaya rakyat negara ini memang mempunyai semangat ingin menolong tetapi tidak tahu cara bagaimana mahu membantu kerana tiada pengetahuan dan kemahiran.

Sementara itu, Rajendra yang juga pengasas pusat bantuan guaman luar bandar berkata, beliau tidak menyangka diberikan anugerah itu kerana tidak pernah mengharapkan balasan daripada usahanya selama ini.

Beliau berkata, anugerah seumpama ini memerlukan pembabitan belia supaya memberi perangsang untuk bergiat dalam kegiatan sukarelawan.

“Saya tidak sangka sama sekali, malah saya juga tidak bersedia untuk datang ke sini dari Pulau Pinang bagi menghadiri majlis ini namun satu persidangan perundangan yang bermula hari ini (semalam) membawa saya ke Kuala Lumpur,” katanya.

Setiausaha NCSM, Dr Saunthari Somasundram pula menyifatkan kemenangan itu adalah hasil usaha gigih sukarelawan terutama bekas pesakit kanser yang tidak pernah berputus asa untuk mendidik masyarakat mengenai penyakit berkenaan.

“Sebagai anugerah pertama yang diperoleh persatuan sejak penubuhannya pada 1966, kami begitu menghargainya dan pencapaian ini akan mendorong kami untuk terus berkhidmat menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya mengesan penyakit kanser,” katanya.

 

 

BACK TO HOMEPAGE

Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com