More News:-

IN LIGHTER VEIN: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak shares a moment with Balasupramaniam Krishnan, who won the Young Humanitarian category of the NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award. On Najib's right is Cecil Rajendra, who bagged the Lifetime Humanitarian title.  more news
 

NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award
52 nominations have been submitted for this year's NSTP-PwC Malaysian Humanitarian Award for three different categories, namely the Young Humanitarian category (23 nominations), Lifetime Humanitarian category (18 nominations) and Team Humanitarian category (10 nominations)..... more details

Tak harap balasan khidmat sukarela
KUALA LUMPUR: K Balasupramaniam yang dipilih menerima Anugerah Kemanusiaan Muda The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)-PricewaterhouseCoopers (PwC), menyifatkan pengiktirafan itu sebagai lambang kesungguhan golongan muda negara ini melaksanakan kerja sukarela.  berita penuh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selasa, 15 November 2005
Dua individu, NCSM menang anugerah kemanusiaan NSTP-PwC

Oleh Azmi Md Deros, Norfatimah Ahmad dan Rohaniza Idris

Diiktiraf : Najib bersama pemenang Anugerah Kemanusiaan Sepanajang Hajat, Pajendra(kiri), peneriman Anugerah Kemanusiaan Muda, Balasupramaniam(dua dari kanan) dan Naib Presiden NCSM, Dr Ahmad Kamal Mohamed(kanan) selepas majlis penyampaian Anugerah Kemanusiaan Malaysia The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd-Pricewaterhouse-Coopers (NSTP-PwC) 2005, di Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Dua individu dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dipilih sebagai penerima Anugerah Kemanusiaan Malaysia The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd-PricewaterhouseCoopers (NSTP-PwC) tahun ini.

Pengasas Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA), Balasupramaniam Krishnan, 31, menerima Anugerah Kemanusiaan Muda kerana sumbangannya dalam kerja amal membantu mangsa gempa bumi serta tsunami.

Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), menerima Anugerah Kemanusiaan Berkumpulan berikutan sumbangannya membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya usaha mengesan kanser pada peringkat awal.

Sementara itu, Cecil Rajendra, 64, yang banyak menyumbang untuk menimbulkan kesedaran terhadap isu sosial di Malaysia dan di negara membangun lain, dipilih menerima Anugerah Kemanusiaan Sepanjang Hayat.

Setiap pemenang menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM20,000. Sebagai penaja dan penganjur anugerah, NSTP dan PwC turut mendermakan RM20,000 kepada pemenang terbabit untuk disalurkan kepada pertubuhan amal pilihan mereka.

Balasubramaniam memilih MVFRA sebagai penerima, NCSM memilih Persatuan Radiologi Malaysia (MRS) manakala Rajendra memilih Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang (RM10,000) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (RM10,000).

Anugerah itu, yang kali kedua seumpamanya dianjurkan oleh NSTP bersama PwC, disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis makan malam, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif PwC, Datuk Johan Raslan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Kalimullah Hassan dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Hishamuddin Aun.

Berucap pada majlis itu, Kalimullah berkata, anugerah berkenaan diharap meningkatkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk terbabit secara serius dalam kerja sukarela serta kemanusiaan.
 


Pengiktirafan diharao mampu lahirkan masyarakat penyayang
“Dengan mengetengahkan dan memberi pengiktirafan kepada warga Malaysia yang menunjukkan semangat khidmat kemanusiaan, kita berharap untuk melahirkan lebih ramai lagi masyarakat penyayang di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata, ketika negara sedang pesat membangun dan taraf kehidupan semakin baik, ada kalanya masyarakat terlupa kepada dua perkara penting dalam kehidupan.

“Pertama, kesusahan dan penderitaan yang dialami segelintir rakyat negara kita dan yang kedua ialah masih ada bahagian tertentu di dunia ini tidak bernasib baik seperti kita di Malaysia.

“Bencana, penyakit, kesusahan dan penderitaan tidak mengenal batas sempadan. Ia tidak mengira di mana atau bagaimana kita hidup, sama ada di rumah besar atau pondok buruk, malah tidak juga mengenal bangsa atau agama,” katanya.

Penerima Anugerah Kemanusiaan Malaysia NSTP-PwC dipilih melalui penilaian ketat jemaah hakim yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Suhakam, Tan Sri Musa Hitam.

Beliau turut dibantu Datuk Faridah Merican; pendidik dan jurulatih, Datin T Ampikaipakan; Ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara, Kerk Kim Hock dan Timbalan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif HSBC, Zarir J Cama.

Sebanyak 52 pencalonan diterima untuk anugerah kali ini dalam tempoh sebulan yang berakhir 17 Jun lalu.

Bagi Anugerah Kemanusiaan Muda dan Kemanusiaan Berkumpulan, pencalonan diadili bagi usaha yang dilakukan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2004, manakala Anugerah Kemanusiaan Sepanjang Hayat calonnya mesti menunjukkan komitmen untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun, sehingga 31 Disember lalu.

 

 

 

 

 

 

BACK TO HOMEPAGE

Copyright © MVFRA. All Rights Reserved.
Questions or comments?
Send email to
mvfra_anita@hotmail.com