
ACE Taja Kempen Kebakaran Sifar
HARIAN METRO,
April 3 2002
ACE synergy Insurance Berhad, bukan sahaja memberi perlindugan insurans
kepada pelanggan malah membantu mengurangkan kadar kebakaran di seluruh
negara dengan menaja Kempen Kebakaran Sifar 2000.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cliff Lee, berkata pada peringkat awal
syarikat itu akan menaja kempen keselamatan kebakaran di rumah, di The
SUmmut Subang USJ, di Subang Jaya, Ahad ini.
Kempen anjuran Persatuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA)
itu turut memdapat kerjasama daripada Institut Jurutera Malaysia, yang
bermatlamat membantu mengurangkan bilangan kebakaran rumah di negara ini.
"Kami berhasrat melengkapkan rakyat dengan pengetahuan keselamatan
akibat kebakaran dan membantu mengurangkan bilangan kebakaran rumah di
negara ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Syarikat itu bimbang dengan peningkatan kebakaran yang kebanyakannya
berpunca daripada kebocoran tabung gas, kerosakan sambungan elektrik,
serta kanak-kanak bermain mancis dan bunga api.
Lee berkata, kesan daripada kebakaran itu menyebabkan ramai rakyat
negara ini kerugian harta benda yang bernilai berjuta ringgit dan ratusan
orang kehilangan nyawa.