
Penduduk kena periksa pili bomba
HARIAN METRO, ISNIN, 21
JULAI 1997
KUALA
LUMPUR: Warga kota yang tinggal berhampiran kedudukan pili bomba
disaran lebih bertanggungjawab supaya memeriksanya sebulan sekali
bagi memastikan ia berfungsi.
Pengerusi,
Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela, K.Balasupramaniam,
berkata kegagalan pili berfungsi tidak harus dipersalahkan kepada
bomba khususnya apabila pihak berkuasa itu lambat memadam
kebakaran kerana tugas berkenaan sering berhubung kait.
“ Jika bomba
gagal ataupun lewat memadam api kerana pili berkenaan tidak
berfungsi, orang ramai begitu mudah menunding jari kepada bomba.
“ Sebenarnya
perkara itu tidak seharusnya berlaku jika penduduk prihatin dan
mempunyai tanggungjawab membersihkan kotoran yang berlaku pada
pili berkenaan,” katanya selepas perlancaran teman pili bomba di
seksyen 10, Wangsa Maju oleh Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Ismail
Mohammad.
Balasupramaniam berkata, kajian mendapati sikap orang ramai yang
mementingkan diri sendirimenyebabkan pili bomba tidak dijaga
dengan rapi dan tidak hairanlah ada sampah sarap di dalam
salurannya.
“ Sikap ini
perlu diubah dan program gotong-royong membersihkan pili seperti
dillakukan sekarang harus berterusan dan dijadikan sebagai budaya
hidup penduduk,”katanya.