
Penduduk wajar
jaga pili bomba
UTUSAN MELAYU, JUNE 21,
1997
KUALA
LUMPUR, Ahad –Orang ramai, terutama penduduk yang berhampiran
dengan kedudukan pili bomba diminta lebih bertanggungjawab supaya
memeriksanya sekali dalam tempoh sebulan bagi menjamin
kesempurnaan fungsinya.
Pengerusi
Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela , K.Balasupramaniam,
berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan bomba jika lambat
memadamkan kebakaran sekiranya pili bomba tidak berfungsi dengan
sempurna.
“ Sifat
orang ramai yang membiarkan pili bomba yang ada di kawasan mereka
tercemar dan kotor menimbulkan kesukaran apabila berlakunya
kebakaran,” katanya selepas pelancaran teman pili bomba di seksyen
10, Wangsa Maju oleh Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Ismail
Mohammad.