Menurutnya, orang ramai sepatutnya bersedia untuk bertindak cepat
dan betul apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran supaya Jabatan
Bomba dan Penyelamat dapat memberi bantuan segera.
"Kami maklum orang ramai talian 994 adalah untuk melaporkan
kes kecemasan tetapi tanpa persediaan menghadapi kecemasan mereka
mungkin panik dan tidak terlintas untuk berbuat demikian,"
katanya.
Dia berkata demikian ketika mengetuai 15 ahli persataun
mengedarkan 500 riasalah Panduan Keselamatna Kebakaran di Rumah
Pangsa di Flat Sri Kelantan, Sentul di sini, malam tadi.
Balasupramaniam berkata, pihaknya mengedarkan riasalah itu
bertujuan memastikan orang ramai bersedia jika menghadapi kes
kecemasan.
Katanya, risalah itu mula diedarkan di blok Flet Sri kelantan
yang pernah mencatat tragedi menyayat hati apabila lima penghuninya
yang terperangkap dalam rumah, rentung dalam kebakaran.
Kejadian pada 13 Januari lalu itu berlaku di sebuah rumah di
Tingkat 15, Flet Sri Kelantan di mana orang ramai gagal
menyelamatkan mangsa berikutan pintunya dimangga, diselak
dan dikunci manakala tingkapnya
dipasang jeriji.
Menurut Balasupramaniam, persatuan dengan kerjasama Jabatan Bomba
Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Kelab Lions Kuala Lumpur Barat
dan syarikat Eversafe Extinguisher Sdn Bhd sudah mencetak 5,000
risalah itu untuk edaran di semua rumah pangsa Kuala Lumpur.
"Kami memerlukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat swasta,
korporat dan individu.
"Kami juga berharap dapat kerjasama sukarelawan, pertubuhan bukan
kerajaan, Rukun Tetangga dan persatuan penduduk untuk tampil
membantu kami mengedarkan risalah itu ke seluruh Lembah Klang
menjelang Mei ini," katanya.
Menurutnya, jika mendapat sokongan dan sumbangan semua pihak,
persatuan merancang untuk mengedarkan risalah itu ke seluruh negara
menjelang Ogos ini.