CUMA PENONTON PASIF
HARIAN METRO, April 25, 1998
KUALA PUMPUR : Sikap pengguna
jalan raya yang sanggup membahayakan diri untuk menjadi penonton sesuatu
kemalangan tetapi keberatan memberikan bantuan boleh diubah, jika mereka
dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan asas menyelamat.
Pengerusi Persatuan Bomba Dan
Penyelamat Sukarela Malaysia (PBPSM), K. Balasupramaniam, berkata mengikut
kajian yang dijalankan persatuan ini, pengguna jalan raya masih mengambil sikap
tunggu dan lihat sekiranya terserempak dengan nahas.
 |
| PRIHATIN.....antara
pengguna jalanraya uang sanggup memberi bantuan kepada mangsa
tanpa mengetahui ia hanya satu lakonan yang dirancang teliti.
|
"Pengguna jalan raya sanggup melintas jalan raya
yang sibuk semata-mata untuk menyaksikan kemalangan serta mengetahui nasib tanpa
berusaha untuk menyelamatkannya.
"Daripada kajian yang dibuat, pengguna jalan raya
yang melalui lokasi lebih berminat menjadi penonton dan mengajukan soalan sama
ada mangsa masih hidup atau mati," katanya.
Menurutnya, kejahilan mengenai pengetahuan asas
menyelamat, takut dan dorongan menyebabkan masyarakat kurang terbabit memberi
rawatan kepada mangsa kemalangan dan hanya menunggu pihak berkaitan datang.
Ada juga pengguna yang hanya tahu membuat andaian
negatif seperti mengatakan mangsa sudaj mati tanpa memeriksa dengan teliti atau
cuba membantu.
Persatuan itu membuat kajian dengan mengadakan
aksi kemalangan yang dirancang dengan teliti tanpa pengetahuan orang awam dan
pihak berkuasa, untuk mendapatkan gambaran sikap pengguna jalan raya
terhadap mangsa.
Ia adalah satu langkah berkesan untuk mendapatkan
maklumat mengapa masyarakat kurang prihatin terhadap dan enggan membantu mangsa
kemalangan serta menilai sejauh mana pengetahuan mereka memberi rawatan
kecemasan.
 |
| PENONTON ....pengguna
jalan raya sanggup mengambil risiko beada di tengah jalan untuk
menyaksikan kemalangan tanpa memberi sebarang bantuan.
|
Balasupramaniam berkata, sudah tiba masanya
setiap orang dibekalkan pengetahuan asas bantuan kecemasan bagi memudahkan
mereka menangani sebarang kemungkinan ketika berada di jalan raya.
Sementara itu, dalam usaha
melahirkan masyarakat prihatin yang kaya dengan pengetahuan asas menyelamat,
PBPSM melancarkan program keselamatan jalanraya bertujuan membimbing pengguna
jalan agar lebih prihatin terhadap mangsa kemalangan.
 |
| HARGAI.....anggota
PBPSM (kanan) mengambil maklumat peribadi seorang pengguna jalan
raya yang berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
|
Ia juga bertujuan mewujudkan
golongan pendorong atau satu unit penggerakawam di jalan raya bagi membantu
mengsa kemalangan yang boleh mengurangkan risiko kematian tanpa bergantung
kepada pihak berkaitan.
Sehubungan itu, satu pameran
keselamatan jalan raya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan
Bomba Dan Penyelamat akan diadakan di Plaza UE3, Cheras pada 1 dan 2 Mei
ini.
Menurut Balasupramaniam, dalam
pameran itu juga diadakan pendaftaran Program Keselamatan Jalan Raya secara
percuma kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti dianjurkan dalam program itu.
"Saya amat mengalukan orang ramai
terutama golongan pelajar menyertai program ini yang bertujuan mendidik dan
melatih pengguna jalan mengenai asas merawat mangsa nahas fi tempat kejadian,"
katanya.