Baru-baru ini Rukun Tetangga (RT)
Kg. Brunei Tiga Daerah Campbell, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
mengadakan latihan dan demostrasi mencegah kebakaran di perkarangan Pusat
RT tersebut.
Seramai lebih daripada 150 orang
penduduk telah hadir bersama bagi menjayakan aktiviti ini. Menurut Pengerusi RT
di situ Encik Huee Teng Hing, tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi
mendedahkan penduduk kepada cara-cara mencegah kebakaran dan memberi pengetahuan
tentang punca-punca berlakunya kebakaran dan tindakan yang boleh diambil oleh
orang ramai. Selain itu ia juga dapat memupuk semangat kejiranan dan perpaduan
di kalangan penduduk dengan adanya aktiviti yang berfaedah seperti ini.
Aktiviti ini juga turut melibatkan
Pasukan Bomba Sukarela yang diketuai oleh Encik Bala yang telah menyampaikan
modul-modul tentang pencegahan kebakaran.Seramai 10 ahli Pasukan Bomba Sukarela
turut mengambil bahagian dalam demostrasi kebakaran yang diadakan.
Penolong Pegawai Perpaduan Daerah
Campbell, Encik Ramli Ngah dalam ucapannya turut mengalu-alukan langkah yang
diambil oleh KRT Kg. Brunei Tiga ini dalam meningkatkan pengetahuan tentang
langkah-langkah mencegah kebakaran. Menurut beliau lagi aktiviti seperti ini
juga dapat meningkatkan hubungan sesama penduduk di kawasan berkenaan.